Nasional

16 individu didenda RM1,000 di Johor kerana langgar PKP

SEBANYAK 16 individu di Kota Tinggi, Johor didenda sebanyak RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mereka merupakan sebahagian daripada 23 individu yang mengaku bersalah Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan ingkar PKP hari ini.

Tujuh lagi merupakan remaja di bawah umur. Mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 bagi setiap seorang remaja terbabit. Remaja terbabit perlu membuat laporan akhlak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kesemua tertuduh berusia antara 15 hingga 37 tahun ditahan dalam Ops COVID-19 antara 26 hingga 28 Mac lalu.

Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mazanah Sinin.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu seramai seramai 526 individu ditahan di Johor kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah terbaharu adalah tangkapan harian dari jam 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah malam tadi melibatkan 97 orang.

Menurutnya, sehingga kini 50 orang telah didakwa di mahkamah selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sesiapa melakukan kesalahan tidak mematuhi perintah mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh disabit mengikut Seksyen 24 Akta 342 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mengikut Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 boleh disabitkan dengan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 mereka yang didapati bersalah boleh didenda RM1,000.

Golongan yang langgar perintah ini pula memberi macam-macam alasan yang tidak jujur seperti  keluar membeli makanan tetapi sehingga empat kali sehari.

PKP bertujuan membendung penularan COVID-19 masuk hari ke-11 semalam menyaksikan 649 individu ditahan, meningkat sekali ganda dari hari sebelumnya. -SM

 

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button