BanjirNasional

14,012 mangsa dipindahkan ke 73 PPS setakat Januari 2023

STATISTIK semasa menunjukkan mangsa Monsun Timur Laut (MTL) setakat 27 Januari 2023 bagi tahun 2022 / 2023 adalah seramai 14,012 orang daripada 4,596 keluarga.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, dapatan statistik itu adalah berdasarkan rekod daripada 73 Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Namun demikian, ia tidak statistik tersebut tidak termasuk mereka yang terkesan secara langsung dengan kejadian banjir akibat MTL tetapi tidak berpindah ke PPS.

“Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di bawah penyelarasan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), negara kini dilanda episod hujan lebat berterusan ke-3 yang telah bermula pada 19 Januari 2023 yang lalu.

“Sehingga pukul 10.00 malam, 27 Januari 2023, ekoran episod hujan lebat berterusan kali ini, status semasa kejadian banjir menunjukkan sebanyak empat negeri sedang terkesan banjir melibatkan 13 daerah iaitu Johor (6 daerah), Pahang (1 daerah), Terengganu (1 daerah) dan Sabah (5 daerah),” katanya.

Armizan berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas sebanyak 10 siri amaran hujan berterusan telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan amaran pada ketika ini merupakan siri ke-10.

“Luruan Monsun pada kali ini dijangka berterusan sehingga 4 Februari 2023 dan ramalan cuaca menunjukkan hujan berterusan dijangka akan tertumpu di timur Semenanjung dan Sabah.

“Sementara itu, sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini, MTL musim ini (2022/2023) yang telah bermula pada awal bulan November 2022 dijangka akan berlarutan sehingga bulan Mac 2023,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Armizan turut memaklumkan statistik terkini menunjukkan Sabah merupakan negeri yang paling teruk terkesan banjir dalam luruan monsun yang sedang berlaku.

“Secara keseluruhan, setakat 27 Januari 2023, jumlah mangsa banjir yang sedang berada di 33 PPS di Sabah adalah seramai 10,312 daripada 3,564 keluarga melibatkan 5 daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Telupid dan Tawau.

“Sejak bermulanya MTL musim ini seawal bulan Oktober sehingga 27 Januari 2023, jumlah keseluruhan mangsa banjir dan air pasang besar yang berpindah ke PPS di Sabah adalah seramai 13,480 orang daripada 4,675 keluarga dengan melibatkan pembukaan 70 PPS,” katanya dalam kenyataan itu. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button