Nasional

Perkosa anak tiri, pemandu lori dihukum 18 tahun penjara, 6 sebatan

SEORANG pemandu lori berusia 50 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas didapati memperkosa dan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Setelah suspek mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan, Hakim Mahkamah Seksyen Putrajaya bagi pertuduhan pertama menjatuhkan hukuman 18 tahun dan 4 sebatan manakala petuduhan kedua 8 tahun penjara dan 2 sebatan.

“Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara serentak. Selain itu, Hakim juga menjatuhkan hukuman (3) tahun pengawasan polis dan (10) tahun kaunseling selepas keluar penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, orang ramai diseru untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian sebegini agar pesalah-pesalah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya.

Tambahnya, beliau juga menegaskan kepada orang ramai bahawa perlakuan jenayah rogol dan melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak merupakan kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan yang tegas disisi undang-undang. -SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button