Nasional

Wow! Penjelasan Tan Sri Abu Zahar Ujang isu KP SPRM

PENCERAHAN daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang yang disimpulkan berhubung isu membabitkan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditolak Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali.

DATUK IBRAHIM ALI

Pada hemat beliau, penjelasan Abu Zahar yang mengatakan tiada isu terhadap KP SPRM, semuanya okay dan beres mengundang unsur lucu.

Alasan Abu Zahar kerana KP SPRM sudah memberi penjelasan bahawa adiknya meminjam akaun miliknya bagi tujuan membeli saham.

Saham-sahamnya pun sudah dipindah kepada adiknya.

“Hebat betul seorang Abang begitu baik dan terpuji demi membantu kehendak adiknya,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, “mudahnya cara membeli saham. Adik ke Abang yang ada jawatan penting dalam kerajaan, boleh bagi pinjam akaun dan nama kerana tidak timbul masaalah conflict of interest.”

Kata Ibrahim lagi, alangkah mudahnya cara dan proses membeli jutaan saham dan pemindahan milik dengan Azam Baki mempunyai jawatan penting dalam kerajaan, berani meminjamkan akaun dan namanya sendiri.

“Jika begitu maka adakah adik-beradik Perdana Menteri atau menteri-menteri lain, Menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara dan juga Ketua-ketua Pengarah lain-lain jabatan… semuanya boleh memberi pinjam akuan masing-masing untuk adik-beradik sendiri membeli saham?

“Persoalannya kenapakah sebelum ini tidak berani diisytihar atau tidak dimaklumkan daripada awal bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak atasan serta mengelakkan konflik kepentingan dan juga bagi mengelakkan prasangka buruk terhadap penjawat awam?” soal Ibrahim.

Hakikatnya, ujar Ibrahim, banyak pihak mahu tahu dari manakah datangnya dana bagi membeli berjuta saham tersebut?

Tidak akan selesai masalah dengan penjelasan sehala oleh Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi Penasihat SPRM pada hari ini, kata Ibrahim

RASUAH
Azam Baki

Tambah beliau, jalan terbaik ialah pihak kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Bebas bagi menyiasat isu Ketua Pengarah SPRM ini dengan kadar segera.

“Azam Baki juga wajar didesak untuk segera bercuti bagi memudahkan siasatan dijalankan. Beliau bolehlah berehat seketika dan biarkan siasatan dijalankan.

“Apa yang susah dan hendak ditakutkan jika beliau benar-benar ‘clear’ dan bersih?” tegas Ibrahim.

Kata Ibrahim, Azam Baki perlulah menjadi anak jantan selaku Ketua Pengarah SPRM yang bersih dan terbilang. Janganlah pula bersikap seperti ahli politik.

“Selaku Ketua Pengarah sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah, beliau wajar menunjukkan teladan yang baik dan boleh diikuti serta dicontohi oleh penjawat awam lain khususnya pegawai-pegawai SPRM sendiri.

“Ini sahaja caranya bagi memulihkan kembali kepercayaan orang ramai terhadap agensi pencegahan rasuah tersebut yang teruk dikecam akibat daripada pelbagai masalah yang melanda akhir-akhir ini,” kata Ibrahim. – SM

(Visited 827 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button