Nasional

Kes harian Covid-19 sebanyak 4,092, paling tinggi dicatatkan!

SEBANYAK 4,092 kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah tersebut sebagai kes paling tinggi pernah dicatatkan dalam negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataan berkata, kes paling tinggi dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 1,466 kes.

“Johor pula mencatatkan 719 kes, Sabah (449 kes), Kuala Lumpur (347 kes) dan Negeri Sembilan sebanyak 214 kes.

“Sebanyak 8 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian melibatkan kes Covid-19 sebanyak 594,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 205 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM juga mengesahkan terdapat enam kluster baharu KKM kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Senai Cyber, Kluster Tembok Nanas, Kluster Jalan Sembrong, Kluster Jalan Permata, Kluster Taman Juta dan Kluster Kampung Lebu.

“Kluster Senai Cyber melibatkan kluster tempat kerja di daerah Kulai, Johor di mana sebanyak 114 kes positif telah dikesan.

“Kluster Tembok Nanas yang terletak di daerah Pontian, Johor pula mencatatkan sebanyak 41 kes positif yang dikesan manakala Kluster Jalan Sembrong di daerah Kluang, Johor pula dikesan mempunyai 18 kes positif,” katanya.

Jelasnya, kluster Jalan Permata di Seremban, Negeri Sembilan pula mencatatkan sebanyak 61 kes positif manakala Kluster Taman Juta di daerah Hilir Perak pula mencatat sebanyak 14 kes positif.

Tambahnya, Kluster Kampung Lebu pula berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang dan mencatatkan sebanyak 21 kes positif. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button