Politik

UMNO bukan mengkarung politik

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menemplak pihak-pihak yang mengatakan UMNO adalah mengkarung politik. Beliau mengakui menyedari ada yang cuba memainkan sentiment kerjasama politik yang dilakukan oleh UMNO.

Sentimen itu, kata Zahid, turut dijuruskan kepada keadaan yang kononnya kerjasama UMNO akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Andai ada yang cuba memainkan sentimen  kononnya kerjasama politik yang dilakukan oleh UMN akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, suka saya tegaskan, UMNO bukan political chameleons atau mengkarung politik.

“Kita tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) hari ini.

PARA perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Selain lebih 2,800 perwakilan yang hadir, turut hadir hari ini, buat pertama kalinya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang duduk sebaris dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti.

Zahid berkata, UMNO sentiasa membuka pintu untuk bekerjsama dan meletakkan rakyat sebagai agenda utama dan itu adalah antara intipati penting dalam ucapan dasar Presiden parti pagi ini.

Beliau dalam nada tegas berkata, “rakan-rakan di sebelah sana harus menjaga hati dan perasaan orang-orang Melayu. Begitu juga kita perlu jaga perasaan mereka,”.

Bercakap tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diakan di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, Zahid berkata, UMNO adalah rakan strategik Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti.

“Atas semangat dan pendekatan kebersamaan, kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya di enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kerjasama yang baharu terbentuk sekitar tujuh bulan ini, masih dalam peringkat permatangan,  akan menjadi medan untuk kita memupuk persefahaman.

“Kita akan berhadapan dengan dua situasi berbeza pada PRN kali ini.  Pertama,  tiga negeri yang kini ditadbir oleh rakan kita dan kedua, tiga lagi negeri yang dikuasai pihak lawan,” katanya.

Katanya lagi, UMNO tekad mempertahankan penguasaan di Pulau Pinang, Selangor  dan Negeri Sembilan dan mahu wakil UMNO ada dalam ketiga-tiga kerajaan negeri itu kerana setakat ini, belum ada.

Di samping itu, ujar Zahid lagi, UMNO akan pecahkan tembok penguasaan pihak lawan di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Kita berusaha meningkatkan keberadaan UMNO dan Barisan Nasional bagi mencerminkan kebersamaan Kerajaan Perpaduan.

“Membentuk Kerajaan Perpaduan dengan pembahagian pentadbiran negeri mengikut parti-parti teras dalam kerjasama di enam negeri yang terlibat. Itulah pentingnya dipecahkan tembok penguasaan lawan di Kedah, Terengganu dan Kelantan,” tegas beliau.

Beliau berkata, UMNO memikul amanah amat besar jalur Melayu atau malay belt di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kita bawa umat di negeri berkenaan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Madani yang benar-benar mencerminkan Kerajaan Malaysia.

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa umat Melayu dan rakyat di negeri-negeri berkenaan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Madani yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.

“Kita tidak mahu negeri-negeri berkenaan diheret ke kancah fahaman politik yang memisahkan rakyatnya daripada hakikat laman politik tanah air.

“Jika kita benar-benar mahu melihat Islam dan Melayu unggul, kebersamaan di dalam Kerajaan di Putrajaya akan mengukuhkan agenda Islam Melayu yang sederhana dan progresif,” kata Presiden UMNO yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi. – SM

BACA PAU 2023: UMNO boleh berubah kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button