Nasional

Kanak-kanak berusia 10 tahun pandu kereta ke sekolah

TERKEJUT melihat video anak mereka berusia 10 tahun memandu kereta jenis Perodua Kancil yang viral, pasangan suami isteri telah tampil memberi keterangabn di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Memetik laporan Utusan Malaysia, , Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan itu datang bersama anak lelaki berusia 10 tahun semalam untuk memberi keterangan.

Beliau memberitahu, kanak-kanak terbabit memandu kenderaan berkenaan dengan  dua lagi kanak-kanak dipercayai adik beradiknya berada di tempat penumpang hadapan.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di Pekan Nanas dan difahamkan mereka memandu kereta itu ketika sedang bersiap untuk ke sekolah. Kita telah ambil keterangan ibu bapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. – SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button