NegeriSukan

50 sertai Klinik Golf TNB Bersama Ketua-Ketua Jabatan di Perlis

Seramai 50 peserta yang terdiri Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Ketua-Ketua Unit Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis mengambil bahagian dalam ‘Klinik Golf TNB Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2023’ di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah berkenan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Presiden KGP Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menunjukkan kemeja T sebagai simbolik pada majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah ‘Klinik Golf TNB Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2023’ di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim, Pengurus Besar TNB Negeri Perlis/Kedah, Wan Ishak Soed dan Ketua Perkhidmatan Pengguna TNB Perlis, Azian Alias.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat peserta menunjukkan kebolehan selepas mengikuti Klinik Golf TNB Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2023’ di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Klinik golf ini dianjurkan oleh TNB bagi menjalin hubungan bersama-sama dengan Ketua-ketua jabatan di Perlis dan merupakan platform untuk memperkenalkan serta menarik minat para peserta terhadap sukan Golf.

Raja Muda juga percaya bahawa program ini akan dapat menarik minat peserta untuk terus berlatih dan meningkatkan kemahiran masing-masing dan seterusnya menjadi ahli tetap Kelab Golf Putra di samping melibatkan kakitangan warga kerja di agensi masing-masing untuk sama-sama turut serta dalam sukan ini.

Antara yang hadir membimbing khas para peserta dalam klinik tersebut kali ini termasuklah lagenda-lagenda hoki negara yang berkhidmat dengan TNB seperti Nor Saiful Zaini Nasiruddin, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, M. Kaliswaran, Nor Azlan Bakar, Hizzat Sumantri dan Muhamad Azammi Abadi.

Menurut Wan Ishak pula, TNB juga memberi fokus memacu aspirasi peralihan tenaga dan turut menekankan aspek sosial di bawah amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kami percaya bahawa dengan bersukan akan mampu menjadi wadah dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu”, tambah beliau lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah ‘Klinik Golf TNB Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis Tahun 2023’ di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Untuk rekod, setiap tahun TNB Perlis menganjurkan program-program yang menarik untuk sesi bersama ketua-ketua jabatan ini seperti Eksplorasi 4 Wheel Drive dan Teqbal (2022), Explorace di Program Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis (2021) dan woodball serta juga kayuhan berbasikal sebelum Covid-19 melanda negara dan dunia. -SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button