Luar Negara

Koronavirus mula menular di UK

DUA kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

“Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus,” lapor agensi berita Anadolu memetik ketua pegawai perubatan untuk England, Chris Whitty.

Beliau berkata UK telah bersedia dengan langkah-langkah mengawal jangkitan penyakit.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan komuniti antarabangsa untuk memastikan kami bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan,” kata Whitty.

Menurut pegawai itu lagi, Britain pada Jumaat membawa pulang kira-kira 150 warga Britain dan EU yang berada China dan mereka akan dikuarantin selama dua minggu.

Koronavirus telah mengorbankan sekurang-kurangnya 213 orang di China, dengan hampir 10,000 dijangkiti manakala lebih 80,000 lagi berada di bawah pemantauan.-BERNAMA

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button