Jenayah

13 ditahan sindiket khidmat seks pelacur warga asing

13 INDIVIDU ditahan dalam satu serbuan sindiket perkhidmatan seks melibatkan pelacur warga asing di sebuah premis di ibu kota, Kuala Lumpur.

Antara ditahan adalah enam lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia dan enam wanita warga Vietnam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata dalam satu kenyataan, pihaknya turut merampas 130 keping kondom, satu pelincir, sehelai tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM340.

Tambahnya, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 373, 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen1959

Azman juga meminta orang ramai yang ingin salurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah boleh dilakukan di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Pihaknya amat menghargai sebarang bentuk maklumat berkaitan jenayah agar kesejahteraan masyarakat dapat dijaga, katanya. – Sinar Harian — SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button