Nasional

Pelawak didakwa dengan tiga pertuduhan hantar komunikasi jelek

PELAWAK dan pengasas Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel hari ini didakwa dengan tiga tuduhan menghantar komunikasi jelik melalui Facebook, Instagram dan TikTok.

Rizal yang nama sebenarnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.

Memetik BHOnline, dia minta dibicarakan terhadap ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia menjawab ‘tidak’ apabila ditanya jurubahasa sama ada mengaku salah atau tidak terhadap tiga pertuduhan berkenaan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia yang selaku Orang Kena Saman (OKS) berdepan tuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. – SM

(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button