Nasionalpilihan

129 individu ditahan ingkar PKPP – Ismail Sabri

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 129 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Daripada jumlah itu, 20 direman manakala 109 lagi, kata Ismail Sabri, dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Dalam kenyataanya hari ini, Ismail Sabri memberitahu, polis telah membuat 66 sekatan jalan raya dan memeriksa 25,368 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kenyataan itu dikeluarkan hari ini berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masuk hari ke-67, hari ini.

Mengenai kuarantin wajib kata Ismail Sabri lagi, seramai 11,236 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas sehingga semalam, dan ditempatkan di 60 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).

“Daripada jumlah itu, seramai 44 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 2,992 telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka telah pulang dari 31 negara, antaranya, Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, dan Iran,” katanya.

Beliau berkata, polis juga telah memeriksa 914 individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah semalam dan mendapati kesemua mereka patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.  – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button