Nasional

124,618 vaksin disuntik semalam, 1.2 juta lengkap dua dos

SERAMAI 124,618 orang menerima dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan daripada jumlah itu seramai 94,558 orang menerima dos pertama dan 30,060 menerima dos kedua.

Sehingga kini 4,227,554 rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin Covid-19. Daripada jumlah tersebut 2,929,736 orang telah disuntik dengan dos pertama dan 1,2897,818 orang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin berkenaan.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi menerima suntikan kedua-dua dos iaitu 170,855 orang (434,103 dos pertama).

Diikuti Sarawak 133,188 dos (276,166 dos pertama) dan Perak 121,740 (227,120 dos pertama).-SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button