Luar Negara

Hampir 100 maut dibom Rusia

SEKURANG-kurangnya 78 dilaporkan mautdan lebih 90 yang lain cedera dalam serangan Rusia ke atas kem latihan kumpulan penentang rejim Bashar al Assad, di Jabal al Dawila, Harem di barat laut Idlib.

Jumlah korban dijangka meningkat kerana ramai lagi mangsa yang cedera dilapor berada dalam keadaan kritikal

Menurut Al Jazeera, serangan menggunakan roket menyasarkan kem Failaq al Sham yang disokong Turki.

Ribuan penduduk Idlib keluar beramai untuk menunaikan solat jenazah kepada mangsa yang tamat latihan pada minggu ini.

Serangan pada Isnin adalah pencabulan terbaru gencatan senjata yang dipersetujui bersama antara Rusia-Turki di utara Syria pada Januari lalu.

Sepanjang tempoh itu, Moscow yang menjadi sekutu kuat Bashar tidak pernah mengotakan janji untuk menghentikan serangan ke atas orang awam.

Menurut Human Right Watch, sekurang-kurangnya 224 orang telah terbunuh dan lebih 500 lagi cedera sepanjang tempoh berkenaan.

Rusia dituduh bertanggungjawab melancarkan 46 serangan udara dan darat dengan menyasarkan orang awam dan kemudahan asas. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button