Nasional

120,000 kg bawang India bernilai RM150,000 dirampas

SEBANYAK 120,000 kilogram bawang merah dianggarkan bernilai RM150,000 dari India dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Klang Utara.

Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata, empat kontena yang membawa bawang itu ditahan pada pukul 12.15 tengah hari semalam susulan pemeriksaan rutin pihaknya kerana tidak mematuhi syarat Permit Import MAQIS iaitu peraturan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi syarat import menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara. – SM


(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button