Politik

Mahdzir belum terima makluman dilantik jadi menteri

AHLI Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menerima sebarang makluman mengenai khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Mahdzir di Twitternya berkata, tidak ada sebarang kenyataan rasmi diterima beliau sehingga hari ini walaupun khabar angin tersebut telah disebarkan sejak semalam.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” ciap Mahdzir.

Utusan Malaysia melaporkan kononnya sumber memberitahu Mahdzir yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan kerana mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti UMNO semalam.

Lantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, sekali gus mampu membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button