Hiburan

Blackpink, Selena Gomez bekerjasama dalam ‘Ice Cream’

SALAH satu kolaborasi muzik berprofil tinggi tahun ini ialah antara Blackpink dengan bintang pop Amerika Syarikat (AS), Selena Gomez untuk single baharu Ice Cream.

Ini dikatakan kerjasama yang dinanti-nantikan kumpulan ini.

Lagu yang cukup manis ini dihidangkan kepada umum pada hari Jumaat lalu (28 Ogos) bersama dengan video muzik berwarna pastel yang menampilkan Gomez sendiri.

“Ketika pertama kali mendengar lagu itu, kami merasakan rasa manis memenuhi mulut kami. Kami berpendapat bahawa ais krim akan memberikan sedikit masa yang menggembirakan bagi mereka yang menderita pada musim panas ini.

“Kami berharap dapat berkongsi energi positif dan getaran yang kami rasakan dari lagu ini dengan pendengar di seluruh dunia,” kata Blackpink dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh YG Entertainment.

“Ini lagu yang sangat indah, dan selalu menggembirakan untuk menghadapi cabaran baru. Kami juga teruja untuk bertemu peminat dengan trek yang segar ini. ”

Kumpulan itu menjelaskan bahawa lagu itu menyampaikan getaran yang berlawanan dari lagu sebelumnya How You Like That.

Bersemangat dan riang, Ice Cream benar-benar memberikan potongan baharu dari kumpulan yang telah lama berpusat pada genre lagui-lagu hip-hop yang agresif.

Video muzik lagu ini yang disertakan menampilkan gadis-gadis dan Gomez menikmati ais krim yang berwarna-warni sambil dihiasi pakaian yang diinspirasikan dari tahun 1970-an.

(Visited 742 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button