Uncategorized

12 masjid di DUN Sanglang dibuka semula

Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah dipersembah maklum berkaitan situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di Perlis, maka, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitah umumkan melalui siaran media yang dikeluarkan oleh pihak MAIPs pagi tadi bahawa baginda telah berkenan menitahkan perkara-perkara berikut:

1- Semua 12 buah masjid di DUN Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji yang sebelum ini dihadkan aktivitinya, kini diperkenankan untuk dibuka semula sepenuhnya kepada masyarakat awam. Sehubungan itu, ibadah solat berjemaah dan aktiviti pengimarahan termasuk kuliah dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu Zohor pada tarikh 23 Ogos 2020.

2- Adalah diingatkan kepada seluruh rakyat, agar sentiasa mematuhi sepenuhnya SOP kesihatan dan keselamatan seperti memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal, serta melaksanakan penjejakan sosial selain disyaratkan sihat tubuh badan tanpa risiko jangkitan.

Tuanku Raja Muda Perlis turut menegaskan bahawa, kita semua masih berada dalam suasana berjaga-jaga kerana wabak ini masih lagi berada bersama kita. Dalam masa yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra meminta semua pengurusan masjid agar sentiasa bersiap siaga dari semasa ke semasa membuat persiapan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan atau keperluan untuk penutupan aktiviti masjid sekiranya diperlukan.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button