Nasional

Covid-19: PM puas hati komitmen barisan hadapan, mudahkan bayaran elaun khas

 

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berpuasa hati dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa dan tenaga untuk mengawal situasi jangkitan Covid-19 terutama ketika Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Kata-kata penghargaan telah disampaikan secara langung oleh Muhyiddin dalam sidang video bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sumbangan keringat mereka sejak beberapa bulan lalu dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 telah melandaikan lengkungan COVID-19.

“Ini sekaligus meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai kawalan serta pengurusan kes jangkitan COVID-19 yang terbaik di dunia,” kata Muhyiddin dalam sidang video yang diadakan semalam sempena ketibaan perayaan Aidilfitri.

Menurut Muhyiddin, beliau telah mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk memudahkan urusan pembayaran elaun khas petugas barisan hadapan bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan dan bayaran perlu dibuat secepat mungkin.

Dalam sidang video itu, Muhyiddin turut berkongsi pandangan bahawa sudah sampai masanya rakyat mengambil mengambil peranan yang lebih besar bagi memastikan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat.

Menurut Muhyiddin, rakyat perlu tampil mengambil tanggungjawab untuk melindungi keluarga dan memelihara kawasan tempat tinggal masing-masing daripada jangkitan COVID-19.

“Semua ini tidak mustahil untuk dilaksanakan dan apa yang paling penting untuk mereka lakukan ialah mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Saya amat berharap agar kita semua dapat bekerjasama membantu para petugas barisan hadapan untuk memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini akhirnya dapat kita putuskan. Insya-Allah,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button