Politik

Pilih pemimpin selamatkan rakyat dari malapetaka akhirat

RASULULLAH SAW telah memberi jaminan kepada kita bahawa pasti akan ada pemimpin yang mempertahankan kedaulatan Islam dan menyeru umat manusia kepada jalan yang benar lagi diredhai Allah SWT ini.

Pemimpin bukan sekadar bertanggungjawab memberikan khidmatnya kepada negara dari segi pembangunan fizikal tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti berusaha menyelamatkan rakyat daripada segala bahaya dan malapetaka akhirat.

Rasulullah SAW juga memberi peringatan yang sangat tegas kepada para pemimpin agar tidak berlakon atau menipu rakyat setelah mereka diberi kekuasaan untuk memerintah.

Pengalaman 22 bulan bersama DAP sangat memeritkan. Mereka ini tidak layak diberi peluang untuk memerintah negara ini. Tanpa mengambil kira sensitiviti beragama, DAP telah banyak kali secara bersahaja menyinggung perasaan umat Islam tanpa rasa bersalah.

Hati umat Islam diguris dan pedihnya dirasai sehingga ke hari ini.

Mereka bertindak bagaikan monyet mendapat bunga, habis aset Tabung Haji yang menjadi harapan dan kebanggaan umat Islam dilelong.

Institusi melihat Islam dan Melayu diperkotak-katikkan.

Seorang senator dari DAP pada tahun 2019 tanggal 27 April yang lalu telah mencadangkan supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia. Kononnya untuk manafaat ekonomi tetapi gagal memelihara perasaan umat Islam dalam keadaan seluruh dunia mengetahui kekejaman Israel dan permusuhan mereka terhadap umat Islam.

Senator yang sama juga telah mencadangkan supaya dimansuhkan status agama dalam kad pengenalan di Dewan Negara.

Senator dari DAP, Nga Hock Cheh walaupun menafikannya dan memberi pandangan supaya diganti dengan identiti kebangsaan, ia tetap mempunyai erti yang sama dan niat yang sama.

Pada 10 Mac 2019, Kerajaan PH yang didominasi oleh DAP juga telah memberi peruntukan kepada kumpulan Sister In Islam (SIS) yang telah diisytihar sebagai sebuah pertubuhan yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam. Kononnya ia adalah peruntukan untuk membantu “wanita Islam”. Sedang itu kumpulan liberal yang menyeleweng dari Islam.

Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 8 Ogos 2018 telah mempertahankan tindakan mempromosi LGBT dalam festival Georgetown di Pulau Pinang. Sedang aktiviti LGBT ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam bahkan bersilang sial dengan budaya orang timur.

Terdahulu pada 28 September 2017 Ketua Menteri Pulau Pinang telah melantik seorang penceramah bebas menjadi pegawai penerangan yang kononnya untuk menjelaskan dasar Islam di Pulau Pinang, sedang penceramah tersebut adalah seorang yang telah ditahan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Institusi Raja.

Penceramah tersebut telah viral pada tahun 2013 dengan video penerangan beliau mengenai pelan menguburkan Institusi Raja menjelang 2030 kelak. Malaysia akan menjadi negara Republik dan menggelarkan Sultan sebagai syaitan.

Seperti DAP berterima kasih dan mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh penceramah bebas itu lalu diberi kedudukan yang begitu istimewa dalam kerajaan negeri yang mereka perintah.

Sikap DAP terhadap Institusi Raja sangat ini jelas. Semasa berlakunya krisis jawatan Menteri Besar Selangor, pada 8 September 2014 KDYMM Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR apabila mereka ingkar dan gagal mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor seperti yang dititah oleh KYDMM Sultan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor telah menyifatkan dua parti itu sebagai biadap terhadap Institusi Raja dan derhaka kepada titah Tuanku Sultan.

Mengembalikan kepercayaan dan sokongan kepada PH yang didominasi oleh DAP pada PRU 15 ini sangat berisiko kepada Islam dan Institusi Raja yang menjadi Ketua Agama Islam disetiap negeri.

Justeru, rakyat Malaysia perlu memilih bakal calon pemimpin yang mentadbir dan menerajui negara dengan jaminan kemaslahatan dan mengekang kemudaratan. Hal ini kerana, Islam sangat memandang serius soal perlantikan pemimpin bagi umat manusia meskipun dalam kelompok yang sedikit dan kecil. Ini bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika ada tiga orang yang bermusafir, hendaknya mereka mengangkat salah seorang di antara mereka menjadi ketua.”

Namun berhati-hati jangan terpilih golongan yang memusuhi Islam dan golongan munafik yang menunggang Islam.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button