Nasional

Lebih 47k wanita raih peluang pekerjaan melalui Program Wanita Bangkit@KPWKM

Lebih 47,000 wanita telah berjaya dihubungkan dan diberi peluang kerjaya melalui Program Wanita Bangkit@KPWKM dalam kedua-dua sektor formal dan informal. Selain itu, 32,471 wanita pula telah diberikan pengetahuan berterusan dalam pengurusan kewangan.

Perkara ini dikongsikan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika merasmikan program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Salah Tinggi, baru-baru ini.

Menurut beliau, inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM juga telah memberi kesan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya aspek kewangan dan penjanaan pendapatan.

Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM terbahagi kepada dua kaedah iaitu sektor formal dan tidak formal. Bagi sektor formal. kementeriannya telah berkerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan beberapa organisasi pekerjaan yang lain dalam menjalankan pameran kerjaya.

Untuk Sektor Tidak Formal pula, para peserta telah dihubungkan dengan pelbagai peluang perniagaan dana keusahawanan daripada pihak Kerajaan. Bukan itu sahaja, para peserta juga telah diberi bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 sebagai modal kecil untuk mereka memulakan perniagaan.

“Bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 juga disediakan untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim di Kementerian Keusahawan,” jelas YB Datuk Seri Rina.

Untuk edisi zon tengah, lebih 15 ribu peluang kerjaya dan usahawan ditawarkan. Mereka yang turut boleh mendapatkan tips dan nasihat daripada mereka yang telah berjaya.

Bersempena karnival itu juga, 30 majikan daripada pelbagai sektor telah dibawa dan lebih 15,000 jawatan kosong ditawarkan. Daripada jumlah itu, 1,000 jawatan kekosongan peringkat eksekutif dan 14,000 jawatan kekosongan bukan eksekutif telah ditawarkan.

Selain daripada peluang pekerjaan, mereka yang hadir juga boleh mendapatkan promosi perkhidmatan atau sebarang bantuan daripada agensi bawah KPWKM. Antara agensi yang membuka booth di karnival itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa lagi.

Jadi kepada mereka yang mencari kerja atau mahu mendapatkan sebarang nasihat mengenai kerjaya, boleh terus ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang berlangsung di. Bandar Baru Salak Tinggi.

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button