Luar Negara

11 terbunuh bangunan runtuh di Mumbai

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang, termasuk lapan kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah bangunan kediaman di kawasan setinggan runtuh.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan cuaca buruk.

Pihak berkuasa mengesahkan tujuh lagi cedera dalam kejadian malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan kerana beberapa lagi mangsa dikhuatiri hilang.

Penduduk yang selamat telah dipindahkan dari bangunan tersebut yang sudah selemat didudukui.

Daripada yang cedera, enam dalam keadaan stabil, dengan seorang wanita berusia 30 tahun dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Tiga orang masih disyaki terperangkap dan operasi untuk mencarinya,” kata Prabhat Rahangdale dari pihak berkuasa bandar Mumbai kepada Indian Express.

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button