Ekonomi

Prestasi kewangan sektor perniagaan terus mencatatkan peningkatan – Bank Negara

Aktiviti perniagaan dalam negeri telah bertambah baik dengan ketara.

Walau bagaimanapun, pemulihan kekal tidak sekata apabila sektor-sektor tertentu terus menghadapi cabaran berikutan kos input yang tinggi dan permintaan luaran yang lemah.

Pinjaman perniagaan yang terjejas secara keseluruhan kekal rendah pada satu peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.

Bahagian pinjaman PKS dengan risiko kredit yang lebih tinggi (dikelaskan sebagai Tahap 21) kekal rendah pada 2.1 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.

Bahagian pinjaman PKS di bawah bantuan bayaran balik pinjaman terus menurun kepada 5.5 peratus daripada jumlah pinjaman PKS (atau 0.9 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan).

Sebahagian besar daripada PKS yang telah keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman mampu mengekalkan bayaran balik pinjaman mereka.

Perniagaan dijangka menghadapi cabaran yang berterusan seperti kos yang tinggi dan permintaan luaran yang lemah.

Selain itu, perniagaan akan memberikan pertimbangan yang lebih penting kepada risiko dan peluang yang berkaitan dengan iklim.

Walau bagaimanapun, kebanyakan perniagaan dijangka mampu menghadapi potensi kejutan baharu berikutan leveraj perniagaan yang bertambah baik, penampan tunai yang kukuh dan model perniagaan yang lebih tangkas. – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button