Nasional

11 kluster baharu: 3 tempat kerja, 2 SARI, 1 pasar raya

SEBANYAK 11 kluster baharu dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kluster aktif dan sedang dipantau di Malaysia adalah sebanyak 215 kluster.

Kluster-kluster baharu itu dikesan di Pahang (2), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Johor (2), Selangor -(2) dan
Kuala Lumpur (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tiga daripada kluster terbabit melibatkan kluster di tempat kerja dan dua kluster membabitkan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Kluster tempat kerja Kluster Tapak Bina Jalan Seng melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kes kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sejumlah 407 individu telah disaring dengan 232 kes telah dikesan positif.

Kluster Plastik Subang merupakan kluster tempat kerja di daerah Petaling dan Klang, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Disember melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sejumlah 354 individu telah disaring dan 111 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Jalan Asam melibatkan daerah Petaling dan Klang, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 19 Disember melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga hari ini sejumlah 713 individu telah disaring dan 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kuslter Lis Putih melibatkan daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74130) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember. Sejumlah 128 individu telah disaring dan 24 kes telah dikesan positif.

Kluster Sungai Redan melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98482) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember. Sehingga hari ini sejumlah 93 individu telah disaring dan 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Semambu merupakan kluster tempat kerja melibatkan daerah Kuantan, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89021) bekerja di sebuah pasaraya dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember melalui saringan individu bergejala.  Sehingga hari ini sejumlah 47 individu telah disaring di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Pagar Siput melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100106) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 200 individu dalam kluster ini telah disaring dan 129 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Halban melibatkan daerah Kota Bharu, Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98731) telah dilaporkan positif pada 23 Disember melalui saringan kontak rapat. Sehingga hari ini sejumlah 99 individu telah disaring dan 29 kes telah dikesan positif.

Kluster Sentosa Residensi melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98518) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Seragam Chepa melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 97386) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 430 individu telah disaring dan 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Pagar Bentong melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-71314) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Disember melalui saringan tahanan. Sejumlah 79 individu telah disaring dan 13 kes telah dikesan positif Covid-19.-SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button