Nasional

11 jenis perniagaan dibenarkan beroperasi dalam Fasa 1

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan 11 jenis perniagaan beroperasi dalam Fasa 1 berkuatkuasa esok.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, jenis perniagaan berkenaan membabitkan kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur kedai perabot, kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kereta.

Turut dibenarkan beroperasi adalah pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut asas sahaja.

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya.

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan terdapat prosedur operasi standard kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.

Kerajaan juga bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi di dalam Fasa 2 berkuatkuasa esok.

Ia melibatkan kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati, kedai antik, kedai alat permainan.

Turut dibenarkan kedai permaidani; kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain); kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik).

“Kerajaan amat berharap, kemudahan-kemudahan yang diumumkan hari ini bukan sahaja dapat memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat dari sudut emosi dan kesihatan mental malah turut membantu memulihkan semula secara berperingkat situasi khususnya kumpulan
yang terlibat dalam sektor ekonomi.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat,” kata Muhyiddin.

Sehingga semalam kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Malaysia telah melebih 42 peratus.

Kemudahan-kemudahan yang diumumkan akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu terdekat-SM

 

 

 

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button