Politik

Kerajaan perlu jelaskan pelan pembendungan Covid-19

PENINGKATAN kes baharu Koronavirus (Covid-19) saban hari terus catat ribuan angka dan jangkaan catatan 8,000 kes baharu nanti sememangnya mengejutkan.

Justeru, kerajaan perlu menjelaskan perancangan bagi pembendungan kes baharu Covid-19 supaya kes baharu setiap hari dapat diturunkan.

Ini kerana, bagi tempoh dua minggu pertama pada tahun 2021 sahaja, jumlah kematian akibat wabak dari Wuhan itu sudahpun mencecah lebih 80 kes.

“Jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan yang Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan 8000 kes harian sangat membimbangkan.

“Kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana mereka dan juga strategi bagi membendung penularan wabak ini.

“Tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat, serta rancangan bagaimana ekonomi kita harus terus bergerak saat ini.”

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau dalam masa sama mendoakan kesembuhan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Kedua-dua anggota kabinet itu disahkan positif Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Oleh demikian, Presiden PKR itu juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berikutan kes semakin meningkat.

“Saya menggesa setiap kita untuk patuhi SOP setiap masa bagi melindungi diri kita, keluarga, rakan sejawat dan teman-teman dari penyebaran wabak ini.

“Adalah sangat penting bagi memainkan peranan kita tanpa mengira kedudukan, ras, agama atau parti politik.

“Apa yang terutama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketimbang mereka yang berada di dalam kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tugas meski terus terdedah kepada wabak ini.

Menurutnya, pengorbanan mereka pada negara dan rakyat tidak kecil nilainya, dan wajar disanjungi. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button