MahkamahNasional

Bunuh kucing: Suspek mengaku tidak bersalah

SEORANG lelaki yang membunuh tiga ekor kucing dengan menggunakan mesin basuh di dobi layan diri di Kepong mengaku tidak bersalah.

Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24, membuat pengakuan tersebut ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang semalam selepas pertuduhan dibaca ke atasnya.

Memetik laporan portal Harian Metro semalam, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama iaitu denda RM20,000 hingga RM100,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, sebelum ini tular mengenai lelaki tersebut yang dikatakan tidak siuman ketika seorang pengunjung bertemu dengan dia di kediamannya.

BACA > Hapus sikap egoistik, individualistik – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Oleh demikian juga, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor N Nageswara memohon mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menurutnya, lelaki berkenaan perlu menjalani pemerhatian dan penelitikan memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Justeru, mahkamah membenarkan lelaki itu ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut selama sebulan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 13 Ogos nanti.

Muhammad Najwan yang merupakan seorang penganggur dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan perbuatan kejam terhadap haiwan itu mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM).

BACA > Bil pembetungan dijangka naik? — Suara Merdeka

Kejadian tersebut berlaku di Premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa Aman Puri, Kepong di Gombak pada Ahad lalu.

Menurut Presiden PHM, Arie Dwi Andika, seorang saksi wanita dan pemilik kedai dobi yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut.

“Ia kes kedua membabitkan insiden kucing dibunuh dengan cara sebegitu di dobi. Kejadian pertama berlaku di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves pada 2018.

“Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan proses pendakwaan.

BACA > Lagi kes bunuh kucing guna mesin dobi — Suara Merdeka

“Hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tegasnya. – SM

(Visited 539 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button