BanjirNasionalNegeri

Pulau Pinang dilanda banjir kilat

HUJAN lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat. Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru dan Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama turut ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, pihaknya menerima maklumat antara kampung yang dilanda banjir kilat ialah Kampung Masjid, Kampung Manggis, Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

“Sebaik menerima maklumat, saya dan pasukan DUN terus pergi ke kawasan terlibat bagi melihat dan membantu. Puluhan rumah dilanda banjir kilat dan ada kediaman yang terjejas teruk terutama rumah yang terletak berhampiran sungai Bayan Lepas.

“Saya bimbang jika ada penduduk terperangkap banjir namun Alhamdulillah. Semuanya selamat dan setakat ini, air telah surut di beberapa kawasan dan tiada penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya menurut laporan BERNAMA. – SM

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button