Penyakit

Tiada penularan Covid-19 kepada keluarga sejak pelaksanaan HSO

Sejak Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dilaksanakan terhadap pengembara yang pulang ke tanah air tiada kes penularan dalam kalangan keluarga direkodkan.

HSO dilaksanakan serentak dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  pada 10 Jun lalu. Pengembara yang pulang ke rumah perlu kuarantinkan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kejayaan tersebyt merupakan tanda
awal yang positif dalam pelaksanaan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, sejak pelaksanaan HSO ini, belum ada lagi penularan kes COVID-19 yang dilaporkan di kalangan ahli keluarga individu yang positif COVID-19 setelah menjalani HSO di rumah masing-masing.

“Namun begitu, ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada kepatuhan terhadap HSO yang ditetapkan
agar tidak berlaku risiko jangkitan di dalam komuniti,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada  KKM dan patuh kepada syarat HSO sebagai satu usaha memutuskan rantaian
penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Sementera itu , KKM terdapat lima kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 . Jumlah keseluruhan yang telah discaj daripada wad
adalah sebanyak 8,481 kes  atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

KKM turut mengesan enam kes baharu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19
di Malaysia adalah 72 kes..

“Ingin dimaklumkan daripada enam kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat
jangkitan di luar negara, di mana semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

“Dua kes penularan di dalam negara juga melibatkan warganegara Malaysia yang merupakan kes saringan di tempat kerja,” kata Dr. Noor Hisham.

Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan maut akibat penyakit itu adalah seramai 121 orang.-SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button