Nasional

107 kilang diarah tutup langgar SOP sejak 1 Jun

SEKTOR perkilangan menjadi tumpuan utama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyeluruh dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Sektor yang menjadi antara penyumbang utama penyebaran Covid-19 tersebut dipantau dengan rapi oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP 3.0.

Dalam tempoh 17 hari dari 1 Jun sehingga semalam pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 496 buah kilang.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada jumlah yang diperiksa sebanyak 106 buah kilang telah diarahkan tutup.

“Secara kumulatifnya, sebanyak 24,928 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari 2021 yang melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,109 kilang.


“Sehingga kini, 160 kilang dan 17 premis bukan kilang telah
diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah tersebuyt seramai 711 individu dikompaun manakala 48 lagi individu direman.

Individu gagal merekod butiran diri, daftar masuk premis merupakan kesalahan tertinggi iaitu 140 kes diikuti tiada penjarakan fizikal (136) dan tidak memakai pelitup muka (135).

Rentas negeri, daerah tanpa kebenaran, makan di premis (123), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94), membawa penumpang berlebihan (55), premis gagal patuhi arahan (14) dan lain-lain (62).-SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button