Nasional

NUTP mohon KPM timbang semula cuti bersempena Aidiladha

KEMENTERIAN  Pendidikan (KPM) diminta untuk menimbang semula cuti bersempena Hari Raya Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berkata, ini kerana perayaan itu jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.

Menurut Bernama,  Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, pertimbangan itu akan memberi peluang orang ramai menyambutnya bersama sanak-saudara di kampung halaman.

NUTP mencadangkan agar diberi peruntukan cuti khas oleh Menteri Pendidikan Dr Mhd Radzi Md Jidin pada 30 Julai dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini, katanya.

“Orang ramai juga sebelum ini tidak berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan mereka sudah merancang untuk pulang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh semasa cuti penggal persekolahan berdasarkan takwim penggal persekolahan sebelum ini.

“Selain itu, perayaan hari raya bukan sahaja disambut oleh kaum Melayu malah turut diraikan oleh semua kaum di Malaysia,” katanya.-BERNAMA

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button