Nasional

Gaduh: 7 lelaki ditahan polis

TUJUH lelaki yang terlibat dengan satu pergaduhan menerima padah selepas ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kes gaduh itu kira-kira pukul 5.35 petang semalam.

“Kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu itu berlaku di kawasan kondominium Jalan PJS 10/11 Petaling Jaya, Selangor.

“Kesemua mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis namun tiga berusia lingkungan 27 hingga 45 tahun berjaya ditahan,” katanya.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya berjaya menahan empat lagi suspek berusia 36 hingga 46 tahun di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) kira-kira pukul 11.30 malam hari sama.

Siasatan terhadap seorang daripada suspek juga menemukan senjata yang digunakan semasa pergaduhan dan telah telah dibuang di kawasan longgokan sampai di sebuah kuil di PJS 10/11, Petaling Jaya.

“Kita merampas sebatang kayu, sebatang kayu golf, sebuah botol kaca, topi keledar, pakaian yang mempunyai tompokan dan dan tiga buah telefon milik suspek.

“Kesemua suspek juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button