Nasional

1054 kes baharu,12 kematian semua di Sabah

KES baharu Covid-19 meningkat kepada empat digit hari ini apabila 1054 kes baharu dikesan dengan 14 kes merupakan kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah negeri Sabah mencatatkan kes baharu teringgi iaitu 678 kes, Selangor (124), Labuan (81), Negeri Sembilan (71), Pulau Pinang (35) dan Sarawak (21).

Sementara itu sebanyak 875 kes sembuh iaitu Sabah (549) Selangor (149), Pulau Pinang (110) dan Labuan (20).

Sebanyak 12 kematian direkodkan dan kesemuanya berlaku di Sabah dengan lapan kematian dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Kent (2), Hospital Kudat (1) dan Hospital Tawau (1).

Kematian melibatkan 8 warganegara dan 4 bukan warganegara berusia antara 14 hingga 80 tahun dengan enam mangsa lelaki dan enam mangsa wanita.

Dua kluster baharu dilaporkan iaitu di Negeri Sembilan dan Kedah.

Kluster Cergas melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30751) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar.

Sehingga 12 tengah hari tadi sejumlah 144 individu telah disaring dengan
12 kes dikesan positif Covid-19 (10 kes baharu), 126 individu dikesan negatif dan 6 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Permatang melibatkan daerah Kulim di negeri Kedah serta daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-34174) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) di sebuah pusat perubatan swasta dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 31 Oktober 2020.

Kes indeks kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 12 tengah hari tadi sejumlah 97 individu telah disaring di mana 8 kes dikesan positif Covid-19 (3 kes baharu); 74 individu dikesan negatif; dan 15 individu masih menunggu keputusan.-SM

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button