Nasional

Kerajaan peruntukkan RM1.5 bilion bayaran kenaikan gaji penjawat awam

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-65 esok, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran kenaikan gaji tahunan RM100 akan diberikan kepada satu juta penjawat awam dengan RM1.5 bilion implikasi kewangan.

Beliau berkata, bayaran itu mulai Januari 2023 dan kalangan penjawat awam PGT pula akan menerima RM180 juga mulai Januari tahun depan.

“Bantuan khas tahun 2023 dibayar kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan tidak berpencen. Bayaran diberi pada Januari depan,” katanya.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 hari ini.

Antara ucapan Perdana Menteri di hadapan penjawat yang hadir pada majlis tersebut, beliau berkata, Kerajaan sentiasa berbincang bersama-sama Ceupacs dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat Keluarga Malaysia.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan baik kepada seluruh keluarga Malaysia.

“Jika produktiviti dapat ditingkatkan, ekonomi dikukuhkan, kerajaan akan pertingkatkan perkhidmatan dan penambah baikan dan penjawat awat tak akan dilupakan kerana penjawat awam ialah  tonggak aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button