Nasional

100,000 orang dapat manfaat RT Cares tahun lalu

PROGRAM Rukun Tetangga (RT) Cares, inisiatif Kementerian Perpaduan Negara yang telah dilancarkan tahun lepas, memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program tersebut telah digerakkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

“Ia dilaksanakan bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

HALIMAH MOHAMED SADIQUE menyampaikan cenderamata kepada anak yatim sambil diperhati Fathul Bari Mat Jahya (kiri) pada Program Semarak Perpaduan Negara Malaysia 2022: Iftar Kasih Ramadan Rakan Perpaduan di Hotel Putra Regency petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Negara Malaysia 2022: Iftar Kasih Ramadan Rakan Perpaduan di Kangar, petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KSU), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis, Hanita Ahmad.

Pada majlis tersebut, Halimah juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera KRT yang berjaya melaksanakan program tersebut.

“Program pada petang ini juga adalah hasil inisiatif RT Cares dan pihak kementerian pula menyampaikan sumbangan kepada komuniti Rukun Tetangga, Pusat Tahfiz dan Anak-anak Yatim,” jelas beliau.

Katanya lagi, semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sedikit sebanyak rasa kegembiraan untuk memyambut Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Halimah turut menghargai usaha Perbadanan PR1MA Malaysia yang menjayakan program petang semalam.

“Ini sekali gus dapat memperkukuhkan lagi jalinan strategik di antara pihak Kementerian khususnya Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Perlis dengan PR1MA serta rakan-rakan perpaduan yang lain,” ujar beliau.

Tambah Halimah, inisiatif seperti ini adalah amat penting bagi memastikan agenda perpaduan di negara kita dapat direalisasikan secara bersama sebagai satu Keluarga Malaysia.- SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button