NasionalNegeri

1,000 tawaran untuk penduduk Kuala Selangor yang hilang kerja

SELANGOR merekodkan sebanyak 9,423 orang diberhentikan kerja bagi tempoh 1 Januari hingga September 2020 berikutan impak serangan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Jumlah tersebut dipercayai sebahagian daripada bilangan penganggur di Selangor seramai 161,300 orang iaitu pada kadar 4.6 peratus.

Peratusan itu adalah paling tinggi berbanding tempoh 11 tahun iaitu 2008 – 2019 yang mencatatkan jumlah 62,400 hingga 107,400 orang pada kadar 2.0 hingga 3.6 peratus.

Tekanan ekonomi terhadap Selangor sebagai penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar memberi kesan kepada sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.

Oleh demikian, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk mengurangkan impak tersebut walaupun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan program Jelajah Selangor Bekerja 2020.

“Yang berlangsung secara berperingkat di empat daerah iaitu di Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sebelum Selangor Mega Job Fair 2020 diadakan di Shah Alam.”

Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, hari ini.

TEMUDUGA calon yang dijalankan secara virtual sebagai sebahagian daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Beliau yang hadir ke Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Stadium Tertutup Kuala Selangor itu memaklumkan sebanyak 20 majikan.

Menerusi program anjuran dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di sana, sebanyak 1,000 jawatan kosong.

Ia ditawarkan kepada pemohon yang membuat pendaftaran menerusi laman www.jobsmalaysia.gov.my. Kini seramai 9,969 pendaftaran diterima.

Dalam pada itu, kerajaan turut menfokuskan kepada pembinaan kerjaya dalam sektor ekonomi Gerak Insan Gemilang (GIG) supaya lebih banyak peluang kepada belia dapat ditawarkan.

“Kerajaan negeri juga memperkasakan sektor ekonomi gig selepas melancarkan Program Insentif Roda Darul Ehsan (RiDE)

“Dengan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menyediakan kira-kira 4,500 peluang pekerjaan yang menumpukan belia luar bandar.

“Pelaksanaan program-program ini amatlah bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

“Selain meringankan beban rakyat terutamanya golongan belia yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” ujarnya. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button