Nasional

Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik Timbalan Menteri di JPM

Shabudin Yahaya menggantikan Eddin Syazlee Shith

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Parlimen dan undang-undang, kata Pejabat Perdana Menteri.

Memetik laporan Free Malaysia Today Shabudin menggantikan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya, susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan, Agong memperkenankan pelantikan Shabudin sebagai timbalan menteri persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

(Visited 628 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button