Nasional

1,000 penduduk Kampung Portugis resah bekalan air berwarna putih susu

KIRA-KIRA 1,000 penduduk di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka gelisah dan bimbang bekalan air yang diperolehi mereka berwarna putih susu.

Selain itu, sebahagian daripada penduduk juga turut mengadu mengalami kegatalan kulit sejak bekalan air
mula tercemar sejak dua minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Komuniti (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Daker berkata, penduduk turut mendakwa bekalan air yang keruh itu sering berlaku pada sebelah pagi dan malam.

Menurutnya, mereka bimbang untuk menggunakan bekalan air itu untuk mandi, memasak dan minuman berikutan ada aduan berlaku kegatalan kulit.

“Ada penduduk telah mendapat rawatan di klinik berikutan kulit mereka mengalami gatal yang teruk yang
disebabkan daripada bekalan air tercemar.

“Saya diberitahu masalah pencemaran air itu berlaku disebabkan kerja-kerja mengorek saluran paip di
kampung ini sejak tiga minggu lalu.

“Aduan telah dibuat dan saya minta kerjasama daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk menyiasat
perkara ini dan memastikan sama ada bekalan air ini selamat untuk digunakan penduduk di sini,” ujarnya hari ini.

Beliau berkata, peniaga kedai makan juga turut terjejas apabila pelanggan kurang datang ke kedai mereka
berikutan rasa takut minum air yang sudah tercemar.

Bagi seorang peniaga Connie Elizabeth Derouche, 57, berkata, sejak bekalan air tercemar perniagaannya
terjejas apabila kurang menerima kunjungan pelanggan ke kedainya.

“Air yang saya terima untuk berniaga warnanya keruh sejak beberapa hari ini. Susah berniaga kalau keadaan
macam ini. Pelanggan pun tak nak datang ke kedai,” katanya. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button