Jenayah

Ibnu Suhendra tidak tolak insiden pengeboman ada kaitan dengan Jamaah Ansharut Daulah (JAD)

Dua maut manakala beberapa mangsa lain mengalami kecederaan selepas seorang lelaki meletupkan diri di sebuah balai polis di Bandung, Indonesia pada pagi Rabu.

Pengebom sebelum itu memasuki Balai Polis Astana Anyar ketika sekumpulan pegawai polis sedang beratur untuk satu perhimpunan pada jam 8.20 pagi.

Suspek kemudian bertindak mengacukan senjata tajam ke arah pegawai polis, sebelum bertindak meletupkan diri.

Menurut pihak polis, pasukan unit pemusnah bom dari Polis Daerah Jawa Barat dikerahkan ke lokasi kejadian susulan insiden berkenaan.

Polis turut menutup kawasan sekitar sehingga radius 200 meter di sekeliling balai polis tersebut manakala jalan menuju ke balai polis itu ditutup untuk tujuan pemeriksaan.

Polis masih menyiasat motif serangan serta sama ada lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Namun, kata Ibnu Suhendra daripada Badan Nasional Penanggulangan Terorisme kepada Metro TV, kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) bermungkinan dalang di sebalik serangan itu.

Seorang jurucakap polis berkata kepada Metro TV, serangan itu telah mengorbankan suspek serta seorang pegawai polis, manakala lapan yang lain cedera. – Agensi

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button