Luar Negara

10 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

10 pesakit Covid-19 maut hospital terbakar

SERAMAI 10 pesakit Covid-19 maut manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India, kelmarin.

Kebakaran berlaku di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang terletak di daerah Ahmednagar, Masharashtra.

Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas, kata Pegawai Jabatan Kesihatan kepada media tempatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray mengarahkan pihak berkuasa menyiasat insiden tersebut.

Pandemik Covid-19 telah memberi tekanan kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam di India yang menghadapi masalah kekurangan dana.

Awal tahun ini, berpuluh-puluh pesakit Covid-19 terbunuh dalam tiga kebakaran hospital di Gujarat dan Maharashtra. – SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button