Nasional

8.2 juta vaksin Sinovac diterima bulan ini dan Jun

SEBANYAK  8.2 juta dos vaksin Sinovac dari China akan dibekalkan kepada kerajaan pada bulan ini dan Jun dan usaha mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Vaksin itu akan dibekalkan oleh syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Bhd.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata vaksin itu adalah dos siap guna dari China yang melalui proses  pengisian oleh kilang milik Pharmaniaga Bhd.

Beliau memberitahu, syarikat farmasutikal itu memiliki lebih 3.6 juta dos vaksin iaitu 2.6 juta yang dikilangkan secara pengisian di sini dan satu juta lagi diterima secara siap guna dari kilang Sinovac di China.

Vaksin bagi dos siap guna adalah pada bulan ini.

“Bagi Jun, Pharmaniaga akan menyiapkan dua juta dos vaksin ‘fill and finish’ di kilang ini dan akan menerima tiga juta dos vaksin siap guna dari Sinovac China.

“Jumlah keseluruhan bagi Jun ialah lima juta dos akan disiapkan Pharmaniaga dan 3.6 juta dos bagi bulan ini.

“Daripada jumlah ini, sejumlah 400,000 dos sudah diedarkan kepada kerajaan dan baki 8.2 juta sedia diedarkan sehingga bulan depan.

“Kita yakin jumlah ini mampu mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat, sekali gus tidak timbul lagi isu kerajaan kekurangan vaksin,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

 

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button