Luar Negara

Menari ala kumpulan BTS, tiga tentera Korea Utara bakal dihukum mati

PIHAK berkuasa Korea Utara telah menahan tiga tentera mereka yang berusia lingkungan 20an kerana didapati mendengar lagu kumpulan popular Korea Selatan, BTS.

Mereka ditahan ketika sedang asyik menari mengikut koreografi lagu BTS yang berjudul Blood, Sweat and Tears.

Menurut laporan DailyNK, kesemua mereka ditahan pada 5 Ogos lalu di dalam kereta api di Stesen Sokhu, Hamgyong Selatan.

Ahli kumpulan K-Pop, BTS.

“Kereta api yang dinaiki mereka sedang dalam perjalanan dari Hyesan ke Pyongyang sebelum berhenti mengejut kerana kekurangan bekalan elektrik.

“Ketika itu, seorang anggota Defence Security Agency telah ternampak mereka menari di dalam kereta api tersebut sebelum ditahan,” katanya.

Alasan yang diberikan mengapa tentera itu ditahan ialah kerana mereka telah terpengaruh dengan propaganda yang dicipta Korea Selatan.

BACA> Hukuman tembak sampai mati jika tonton drama Korea Selatan

Ketika siasatan dijalankan, kesemua tentera itu memberitahu yang mereka tidak tahu bahawa tarian tersebut berasal dari Korea Selatan.

“Mereka berkata yang tarian itu adalah daripada lagu Exciting Boy Scout Dance yang dipelajari sewaktu berada di unit tentera dan sangat popular di kalangan rakyat Korea Utara,” jelasnya.

Alasan yang diberikan kesemua tentera itu tidak membuahkan hasil positif dan mereka kini sedang dalam proses menanti hukuman.

BACA> Kim Jong Un dah tak mampu nak jalan

Membawa, menonton atau mendengar apa sahaja unsur hiburan dari Korea Selatan adalah sesuatu yang sangat sensitif di Korea Utara dan pesalah boleh dijatuhkan hukuman mati.

Terdapat beberapa netizen yang mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa yang menahan tentera itu tahu bahawa tarian itu adalah daripada kumpulan BTS.

Namun, satu pendedahan telah dilakukan yang memaklumkan bahawa terdapat satu pasukan pakar yang akan menonton semua video daripada Korea Selatan termasuk video klip K-Pop. -SM

 

(Visited 708 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button