Luar Negara

10 Maut akibat banjir di Colombia

SEKURANG-KURANGNYA 10 orang meninggal dunia, 10 orang cedera dan tujuh dilaporkan hilang dalam satu kejadian banjir akibat hujan lebat di wilayah Antioqiu, Colombia

Kata agensi pengurusan bencana wilayah DAGRAN, banjir itu berlaku pada Rabu lepas apabila hujan di perbandaran Abriaqui di Antioquia membanjiri sebuah kem di lombong El Porvenir, serta sebahagian daripada operasi perlombongan.

Pengarah DAGRAN, Jaime Gomez, dalam satu kenyataan menyeru rakyat Colombia terutama mereka yang tinggal berhampiran kawasan air untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga tambahan semasa musim hujan.

Gabenor wilayah Antioquia, Anibal Gaviria tiba di kawasan terjejas banjir.

Anibal Gaviria, gabenor wilayah Antioquia, akan melawat kawasan yang terjejas dalam beberapa jam akan datang, kata DAGRAN.

Banjir adalah perkara biasa semasa musim lembap di Colombia, manakala tanah runtuh sering berlaku disebabkan kawasan pergunungan dan pembinaan rumah yang lemah. – SM


(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button