Rencah HidupTravel

7 Cara Jaga Kasut Agar Tak Mudah Rosak Dan Tahan Lama!

Ketika berada di luar rumah atau mahu bertemu seseorang, kasut kebiasaannya menjadi pilihan untuk gaya utama bagi wanita dan juga lelaki.

Sehubungan itu, cara menjaga kasut ada kalanya diabaikan segelintir pemakainya sehingga kasut yang dibeli mudah terdedah kepada kerosakan.

Menerusi artikel ini, Suara Merdeka ingin berkongsi tujuh cara penjagaan kasut yang sepatutnya diamalkan oleh kita semua agar kasut tahan lama.

Lap dan bilas gunakan air bagi kasut kulit

Jangan sesekali menggunakan sabun yang bersifat ‘panas’ dan ‘tajam’. Hal ini kerana sifat kulit adalah mudah berubah sekiranya terkena sabun yang tidak sesuai.

Elak guna berus ketika membasuh

Sebaiknya basuh menggunakan kain yang basah sahaja. Berus yang kasar boleh rosakkan permukaan kulit.

Elak gunakan sabun peluntur

Peluntur mempunyai sifat yang tajam dan boleh rosakkan kulit kasut.

Elak dedahkan kasut di bawah cahaya matahari

Cahaya matahari yang terik boleh rosakkan sambungan antara kulit dan tapak getah. Jika terlalu lama dedahkan di bawah panas matahari boleh menyebabkan kasut mudah rosak.

Tempatkan kasut di dalam kotak jika tidak digunakan

Sebaiknya kasut yang lama tidak di pakai ditempatkan di dalam kotak bagi mengelakkan kasut dirosakkan oleh serangga dan binatang perosak seperti lipas, tikus dan semut.

Letakkan silica gel bagi menyerap wap air

Silica gel membantu untuk menyerap wap air dari kelembapan, kerana kelembapan suhu menyebabkan kasut mudah berkulat dan rosak permukaan kulitnya.

Stokin yang telah dipakai tidak disimpan di dalam kasut

Stokin yang telah lama di pakai elakkan diletakkan di dalam kasut. Lembapan pada stokin boleh menyebabkan kasut mudah rosak. Selain itu boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. hehe.

(Visited 5,613 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button