Luar Negara

10 Banduan Lolos dari Penjara di New Orleans, Tujuh Masih Bebas

NEW ORLEANS, LOUISIANA – Sebanyak 10 banduan berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara di New Orleans dengan dipercayai mendapat bantuan dalaman daripada pegawai penjara, menurut laporan ABC News.

Setakat ini, tiga daripada mereka telah berjaya ditahan semula oleh pihak polis, manakala tujuh lagi masih diburu.

Menurut Mejar Silas Phipps dari Pejabat Syerif Orleans, kehilangan banduan-banduan tersebut disedari ketika proses pengiraan penghuni di Pusat Keadilan New Orleans sekitar pukul 8.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat lalu.

Syerif Susan Hutson pula memaklumkan bahawa banduan-banduan berkenaan melarikan diri pada pukul 1.01 pagi melalui dinding di belakang tandas.

“Mereka kemudian keluar melalui pintu gudang dan memanjat dinding perimeter menggunakan selimut bagi melindungi diri daripada kawat berduri,” katanya.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan institusi penjara tersebut dan siasatan kini sedang dijalankan, termasuk kemungkinan pembabitan kakitangan penjara dalam pelarian itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button