Berita

1 Julai Wajib VEP: Kenderaan Singapura Tanpa Tag RFID Akan Disaman RM300

PEMILIK kenderaan berdaftar Singapura diberi amaran untuk segera mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP) kerana mulai 1 Julai 2025, penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan di semua pintu masuk sempadan Malaysia.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mereka yang gagal mengemukakan bukti pendaftaran sah akan disaman RM300 dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia selagi saman tidak dijelaskan.

Apa Itu VEP?


Apa Berlaku Jika Tak Daftar?

4 Senario Disenarai JPJ:

  1. Individu tiada VEP langsung
    – Disaman RM300, wajib daftar dan aktifkan sebelum dibenar keluar.

  2. Individu sudah daftar tapi belum aktifkan
    – Disaman RM300, perlu aktifkan tag RFID dahulu.

  3. Syarikat tiada VEP langsung
    – Disaman RM300, daftar dan aktifkan sebelum keluar.

  4. Syarikat sudah daftar tapi belum aktifkan
    – Tidak disaman, hanya diberi amaran bertulis dan dibenarkan keluar.


Statistik Terkini (Setakat 2 Jun 2025)

  • Jumlah tag RFID dikeluarkan: 231,018

  • Diaktifkan oleh pengguna individu: 194,507

  • Belum diaktifkan: 36,511

  • Tag syarikat aktif: 2,660


Cara Daftar VEP (Untuk Kenderaan Singapura)

  1. Layari: vep.jpj.gov.my

  2. Isi maklumat: Pasport, cukai jalan, insurans, geran kereta.

  3. Ambil tag RFID: Di pusat pengambilan VEP atau minta penghantaran.

  4. Pasang & aktifkan: Muat naik gambar pemasangan di vepams.jpj.gov.my


️ Amaran Menteri

“Tiada lagi tempoh budi bicara. Sudah lebih lima tahun diberi masa untuk daftar. Mulai Julai, penguatkuasaan penuh akan bermula,” – Anthony Loke, Menteri Pengangkutan.


Nota Penting: Bayaran saman boleh dibuat secara dalam talian (MyEG) atau di kaunter JPJ. Tanpa bukti bayaran, kenderaan asing tidak akan dibenarkan keluar dari negara ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button