Nasional

Murid perempuan Tahun 3 maut digilis treler di Pelabuhan Klang

SEORANG murid perempuan berusia sembilan tahun maut digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.25 pagi.

Beliau berkata, nahas itu melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan manakala kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. – BERNAMA – SM

BACA Suspek kes kemalangan maut ditahan, sorok kereta di Pandan Indah

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button