NasionalNegeri

Pelajar UniMAP cedera jatuh bangunan

DIPERCAYAI cuba memanjat ke tingkat enam kerana kunci bilik asrama hilang telah menyebabkan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hampir menempah maut.

Bagaimanapun pelajar berusia 24 tahun ini yang menginap di Kampus Uniciti Alam, Sungai Chucuh, Padang Besar ini amat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan iaitu patah kaki kiri.

Pelajar UniMAP yang cedera dibawa JPAM ke HTF untuk rawatan. – Gambar Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis.

Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad orthopedik.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya telah mendapat laporan kejadian pada pukul 3 petang, semalam.

Beliau berkata, saksi awal yang berada di sekitar tempat kejadian memberitahu terdengar bunyi dan melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan.

Bagaimanapun, katanya, saksi melihat mangsa dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bergerak.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Shokri berkata, pihak polis memohon kerjasama mana-mana saksi lain yang berada di tempat kejadian tampil bagi membantu siasatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – SM

(Visited 761 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button