Berita

‪Kekalahan ini pahit untuk ditelan – Syed Saddiq‬

KUALA LUMPUR – Kekalahan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini hari ini amat sukar untuk diterima.

Justeru, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf dengan penuh keikhlasan atas segala kekurangan daripada pihaknya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, keputusan PRK Tanjung Piai itu merupakan suara rakyat.

Beliau turut mengambarkan keputusan PRK Tanjung Piai itu merupakan petand kemarahan rakyat dan perlu dijawab dengan tindakan.

“Kekalahan ini pahit untuk ditelan. Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat.

“Saya memohon maaf dengan penuh keikhlasan kepada semua belia Malaysia atas segala kekurangan saya.

”Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan. Sekali lagi, minta maaf,” kata Syed Saddiq dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Dalam PRK Tanjung Piai hari ini, calon BN Datuk Seri Wee Jeck Seng berjaya menewaskan calon PH, Karmaine dan tiga pencabar lain sekaligus merapas kerusi Parimen Tanjung Piai daripada PH.

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button