JenayahNasional

Polis siasat akuan bersumpah berkaitan dakwaan diliwat

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan berhubung akuan bersumpah yang dibuat seorang lelaki mendakwa diliwat seorang pemimpin politik.

Pemimpin politik yang dimaksudkan dipercayai figura terkemuka daripada pembangkang.

Siasatan tersebut dibuat susulan lelaki berkenaan dikatakan membuat laporan polis pada Ahad lalu berhubung laporan yang dimanipulasi oleh blog tertentu.

“Kami telah menerima laporan dan siasatan sedang dilakukan. Penyiasatan kami akan merangkumi setiap aspek.”

Demikian kata Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

BACA > Apa anda rasa bila kelibat entiti terakam di dalam gambar!? – Suara Merdeka

Laporan tersebut turut mendapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah yang mengesahkan akuan bersumpah tersebut.

Terdahulu, tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mendakwa diliwat beberapa kali oleh seorang pemimpin politik pembangkang.

Menerusi gambar tangkap layar satu pengakuan yang tular itu, lelaki berkenaan mendakwa dirinya diliwat sebanyak empat kali.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 2013 di sebuah hotel berbeza lokasi termasuk di Subang, Selangor; Johor Bahru, Johor; Kuala Lumpur dan Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Lelaki terbabit turut mendakwa dibayar RM300 setiap kali pertemuan diadakan bagi melakukan hubungan tersebut.

BACA > PN dan Muhyiddin lulus ujian kedua – Suara Merdeka

Malah, dia juga menceritakan dengan lanjut mengenai situasi berlaku dalam pertemuan diadakan di hotel yang berlangsung selama satu hingga dua jam.

Selepas empat kali diliwat, dia kemudian memberitahu telah memperkenalkan seorang rakan bagi tujuan tersebut selepas dipujuk.

Bagaimanapun rakannya itu kemudian mengadu diperlakukan dengan kasar dan di beri wang sebanyak RM300.

Kejadian itu diceritakan dalam akuan bersumpah yang dibuat pada 29 Jun 2020.

Sementara itu Malaysiakini turut melaporkan lelaki berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai aduan tersebut.

BACA > Doktor, pensyarah kecam siri ‘Kakak Kondom’ – Suara Merdeka

Sebaliknya, lelaki tersebut mendakwa tertekan dengan situasi tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. – SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button